IBM FRU: 93P3583

Posted: November 30th, 2007 | Author: | Filed under: My Self | Tags: , | 1 Comment »

I’ve found my motherboard! Weee… dalam process untuk mendapatkan nye..


IBM FRU: 93P3583


Kecederaan ThinkPad :- Pembedahan Penggantian Organ

Posted: November 20th, 2007 | Author: | Filed under: Jokes, My Self | Tags: , | 10 Comments »

IBM ThinkPad R40 aku masih lagi ditahan di unit rawatan rapi, Hospital Vital Computer, Plaza Low Yat. Menurut laporan yang baru aku terima, sekumpulan pakar bedah telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, namun selagi pemindahan organ yang mengalami kerosakan belum dilakukan, keadaan pesakit tidak akan pulih.

Setelah 4 buah hospital memaklumkan bahawa sememangnya tiada cara penyelesaian lain melainkan menukar organ yang rosak tersebut, akhirnya aku pasrah dan sekitar jam 12.45pm tadi, aku telah menghubungi pihak hospital untuk membuat kepastian sebelum tempahan organ dibuat. Pihak hospital memaklumkan bahawa organ yang ditempah akan tiba dalam masa 2 minggu lagi dan kos pembedahan dan pengantian organ menelan belanja RM900. Dengan mendapat restu kedua orang tua ku, aku pun bersetuju untuk menjalankan pembedahan penukaran organ tersebut.

Sama-sama lah kita mendoakan agar si pesakit, IBM ThinkPad R40, akan cepat pulih kerna kepulangannya amatlah dinanti-nantikan.

“Oi! cepat la baik oi!!! aku nak buat FYP nie!!!” (En Xanda, November 2007)