Kampung Boy Returns :: How to Create (Bola) Bulu Ayam

“Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.” [Source: Bulu Ayam]

Ha… meh koi nak ajor care nak buat bola yang orang gune mase main sepak bulu ayam. Bahan-bahan yang kite perlukan ialah:

  1. Beberapa helai bulu ayam
  2. Selipar jepun lama
  3. Gam
  4. Getah gelang
  5. Pisau dan gunting

Carenye mudoh je… ikut je steps kat bawah nie :-


Potong je selipar jepun tu membentuk bulatan macam nie


Kumpulkan beberape helai bulu ayam lepas tu ikat kan belah bawahnye pakai getah gelang


Kemudian gunakan pisau untuk membuat keratan pade selipar sepergi gambar seterusnya


Lepas tu sumbatkan bulu ayam yang diikat dengan getah tu ke dalam lobang yang dibuat menggunakan pisau tadi


Dapatkan bantuan gam untuk memastikan selipar dan bulu ayam tadi tu melekat. Weh! guna untuk lekatkan tau.. bukan hidu!!


Akhirnye!! Siap!!

Huh? mainan bodoh? ade 1 reason kenapa korang cakap nie mainan bodoh… anda berkaki bangku!

“Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.” [source]

11 Responses to Kampung Boy Returns :: How to Create (Bola) Bulu Ayam

  1. masa kecik dulu, aku penah nak inovasi benda ni. tapak seliper pakai ‘washer’ (yg nut and bolt punye guard tuh, huh kepade mereke yg tak tau kemahiran idup). bulu ayam pakai rambu2 buat dari ketas tak pun tali rafia. huh bangge nye aku, aku rujuk howto beb!

  2. Nan,
    selipar ayah sebelah hilang….

  3. eh mane ade… tu selipar aiman

  4. makde main ni masa sekolah rendah dulu2 waktu rehat aje.

  5. OMG!

    comment no2 is da coolest comment i ever read~XD

    i really LOLed~

    WAKAKAKAKAKAKA~

  6. Nan, ngah baru nak tanya tu selipar kaklong yg ngah putuskan dulu time naik buai kat bawah pokok semarak (wkt balik cuti hari tu) or aiman’s. tup2 ayah dh menyerang dulu. ish ayah ni. potong stimmm.. hehehe.

    (matilah ngah kalau kaklong tau yg ngah la yg terputuskan selipar tu. but couldnt help! waktu tu ngah panjat buai yg tayar tu n pakai long skirt hitam manik2 tu. tiba2 terpijak hujung skirt. nak jatuh buai dh. so ter’stretch’kan selipar kaklong tu. terus putus! fragilenya laaa… nasib baik kaklong tak hangin. huhu)

  7. argh… hahahah klakar… tu selipar aiman… kesah selipar die pun kelakar jugak…. sebab kan…. sebelah lagi selipar die tu lepas atas atap time die main tuju selipar… tu pasai dia suruh guna selipar dia yang sebelah lagi tu

  8. dia main tuju selipar dengan sape? ada geng ke? bukan x de org baya dia ke kat situ? takkan apis kot. huhu. ke awk semua main dgn dia? kaklong join skali x? huhu.

  9. bola bulu ayam ni ada jual di kedai x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Go to top