Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Hurm.. juat nak share info on this Skim Berkat by Lembaga Zakat Selangor yang membolehkan kita membuat bayaran zakat melalui potongan gaji. Aku dikira bernasib baik since HR company tempat aku bekerja peka tentang benda-benda nie, so let me just share the info with you.

Actually sebahagian dari jumlah pendapatan kita (yang cukup haul) dikenakan zakat. Tapi ramai tak realize benda nie and think zakat Fikrah is the only zakat yang kita kena bayar. Sebenarnya, selain zakat Fikrah, ada lagi beberapa zakat lain yang mungkin kita tak perasan. Antaranya ialah:

  • Zakat Harta
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Ternakan

** Yang ber-highlight adalah for my own reminder **

In this post, lets just focus on zakat pendapatan dulu. Actually, you can calculate the amount of zakat yang korang kena by using Kalkulator Zakat Pendapatan by Lembaga Zakat Selangor.

Bagi mereka yang perlu mengeluarkan zakat, dan majikan anda telah mendaftar di dalam Skim Berkat, sila hubungi HR anda bagi mendapatkan borang kebenaran potongan gaji. Bayaran akan dibuat melalui potongan gaji. Sangat memudahkan.

Dan jika majikan anda belum mendaftar, anda boleh membuat bayaran di kaunter-kaunter zakat atau secara online

Dalil wajib zakat

Al-Baqarah (2:267)

Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu

Sabda Rasulullah s.a.w:

Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah.

[more info]

2 Responses to Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

  1. thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Go to top