Twitter killed the blog star
January 31st, 2010

Pernah satu ketika dulu perkara ini saya bangkitkan di SINI. Sebentar tadi saya terbaca 1 entry di blog Dr. Badrul Amin yang menyentuh perkara sama. Kata nya:
Halalkah atau Haram? Mudah sahaja... Rujuk balik perbincangan kita tentang Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tinggalkan apa yang meragukan, buatlah apa yang tidak meragukan". Maka pasti kita temui panduan bagi menjawab persoalan diatas... Jika yakin, buatlah tapi jika tidak yakin maka elaklah. Q: Bukankah kerajaan sudah beri jaminan? Jika tidak halal maka kerajaanlah yang tanggung... A: Benar, jika memang ia haram maka kerajaanlah yang tanggung dosa kerana menghalalkan yang haram tapi kitalah yang menanggung kesan akibat memakan wang yang haram itu... hati jadi gelap, berkarat, degil... dan yang paling kita takuti ialah hilangnya keberkatan dalam diri, pasangan (suami isteri) dan keluarga... Berhati-hatilah...
Untuk artikel penuh, sila ke : http://drbadrulamin.blogspot.com/2009/07/apa-hukum-dividen-asnasb.html
P/S: BTW Dr. Badrul Amin is one of my first 6 twitter follower. Agaknya apa lah yang dibaca beliau di twitter saya