Kecederaan ThinkPad :- Pembedahan Penggantian Organ

Posted: November 20th, 2007 | Author: | Filed under: Jokes, My Self | Tags: , | 10 Comments »

IBM ThinkPad R40 aku masih lagi ditahan di unit rawatan rapi, Hospital Vital Computer, Plaza Low Yat. Menurut laporan yang baru aku terima, sekumpulan pakar bedah telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, namun selagi pemindahan organ yang mengalami kerosakan belum dilakukan, keadaan pesakit tidak akan pulih.

Setelah 4 buah hospital memaklumkan bahawa sememangnya tiada cara penyelesaian lain melainkan menukar organ yang rosak tersebut, akhirnya aku pasrah dan sekitar jam 12.45pm tadi, aku telah menghubungi pihak hospital untuk membuat kepastian sebelum tempahan organ dibuat. Pihak hospital memaklumkan bahawa organ yang ditempah akan tiba dalam masa 2 minggu lagi dan kos pembedahan dan pengantian organ menelan belanja RM900. Dengan mendapat restu kedua orang tua ku, aku pun bersetuju untuk menjalankan pembedahan penukaran organ tersebut.

Sama-sama lah kita mendoakan agar si pesakit, IBM ThinkPad R40, akan cepat pulih kerna kepulangannya amatlah dinanti-nantikan.

“Oi! cepat la baik oi!!! aku nak buat FYP nie!!!” (En Xanda, November 2007)


10 Comments on “Kecederaan ThinkPad :- Pembedahan Penggantian Organ”

  1. 1 Ngah said at 6:44 PM on November 20th, 2007:

    amboi ayat.. kalah ngah yg nak kena buat the real operation :p

  2. 2 farah said at 8:26 PM on November 20th, 2007:

    saya doakan semoga madu saya nie pulih dgn sempurna dan cepat utk sambung perkhidmatannya supaya awak gembira….amin!!

  3. 3 shukor said at 10:57 PM on November 20th, 2007:

    Nan,
    ayah dan keluarga sedia dengan apa saja outcome pembedahan tu nanti.By the way, ayah dah beli kitab talqin in case organ oem tu nanti tak compatible dengan badan nya.

  4. 4 shukor said at 11:00 PM on November 20th, 2007:

    Nan, kalau dah tak leh jugak awak pakai jer laptop PIII 1G rm 700 yang baru beli tu.

  5. 5 Knight-1 said at 2:13 AM on November 21st, 2007:

    nan, ayah ko pandai buat lawak la…huhuhu…

  6. 6 Sha Lew Lew said at 2:17 PM on November 21st, 2007:

    waaaa, ayah membaca blog anak…waaaa…hebat! =D

  7. 7 Ngah said at 5:44 PM on November 22nd, 2007:

    kerana ayah kami begitu cool~ *kenyit mata pd ayah..wink wink*

  8. 8 shukor said at 10:02 PM on November 22nd, 2007:

    Nan,mana gi Najib punya blog?

    Jijan,bila sampai Temerloh nanti contact Pakcik.Ada projek.

  9. 9 makde said at 10:39 PM on November 23rd, 2007:

    Tak blh cari penderma organ ke. Kat rumah makde bnyk organ2 yg boleh nak di dermakan tapi saiz tak sama le. Makde ada 2 desktop notebook pun ada 2 tapi yg ni tak blh derma kalau derma tuan punya akan mati sekali jawabnya sebab skrg sibuk blajar blogging siap beli buku Blogging dan You Tube for Dummies ..terbang duit RM150 sebab takde pakar,,,nan pulak jauh jadi blajar guna buku le jawabnya.

  10. 10 Ngah said at 12:41 AM on November 24th, 2007:

    semangatnya makde!


Leave a Reply