Cara Remove Android Malware Jemputan APK

Posted: April 25th, 2025 | Author: | Filed under: Cinta Malaysia, IT Related | No Comments »

Anda ada menerima chat yang menghantar APK kepada anda baru-baru ini? Kemudian anda sedar yang Whatsapp/Telegram anda telah di-hijack? Blog post ini mungkin akan membantu anda untuk mendapatkan semula Whatsapp/Telegram anda

Blog post ini terbahagi kepada 3 bahagian; Bahagian A, B dan C. Sekiranya Bahagian A tidak berjaya, sila terus teruskan dengan Bahagian B dan C. Apa-apa pun, kita mula dari Bahagian A.

Bahagian A

  1. Buka WhatsApp, dan masukkan no telefon anda
  2. Tekan “Need help getting a code?”
  3. Tunggu sehingga count down masa habis
  4. Pilih “Missed call” (andai sekiranya tidak boleh ditekan, pilih “Receive SMS” atau “Phone call”)
  5. Allow
  6. Allow
  7. Ikuti arahan selanjutnya dan anda telah berjaya mendapatkan kembali akses Whatsapp anda. Sekiranya anda mendapat amaran “Too many attempts”, tunggu 24 jam sebelum mengulang semula Bahagian A. Selesai dan tidak perlu teruskan dengan Bahagian B dan C.
  8. Andai Missed call, SMS atau phone call tidak diterima, sila teruskan dengan “Bahagian B”

 

Bahagian B

  1. Buka Goolge Play Store
  2. Klik pada profile
  3. Klik pada “Manage apps and device”
  4. Klik pada menu berikut:
  5. Tekan butang “Scan”
  6. Sekiranya tiada sebarang malware ditemui setelah scan selesai, teruskan dengan “Bahagian B”. Abaikan aturan #7 di bawah
  7. Setelah scan selesai, sekiranya ada malware ditemui, pilih untuk “remove”. Kemudian sila buka Whatsapp/Telegram dan masukkan no telefon untuk login semula. Sekiranya anda mendapat amaran “Too many attempts”, tunggu 24 jam sebelum mengulang semula “Bahagian A”. Selesai dan tidak perlu teruskan dengan “Bahagian C”

 

Bahagian C

  1. Buka Google Play Store dan download dan install app MASSA (Mobile Assessment Security Scanning Application) oleh CyberSecurity Malaysia [Link: MASSA]
  2. Buka app MASSA, scroll sampai ke bawah, dan klik “I ACKNOWLEDGE THAT… yada yada..”
  3. Klik butang “REQUEST”
  4. Klik butang “Scan my Device”
  5. Klik “OK”
  6. Tunggu sehingga scan selesai
  7. Klik “Total Installed Application from Unknown Sources”
  8. Klik sekali lagi “Total Installed Application from Unknown Sources”
  9. Semak 1-1, terutamanya app yang anda langsung tidak pernah pakai. Klik pada logo app yang mencurigakan
  10. Apa yang perlu disemak adalah:
    1. “Install Time” (biasanya sangat baru di install)
    2. “Application Permission”, cari sekiranya ada apa-apa yang berkaitan “SMS”
  11. Setelah anda menemui app yang memenuhi kedua-dua kriteria di atas (baru di install, dan ada permission berkatan SMS), klik butang biru di bawah ini
  12. Pilih “Uninstall this application”
  13. Pilih “OK”
  14. Dan tunggu sehingga uninstall selesai
  15. Setelah uninstall selesai, sila buka Whatsapp/Telegram dan masukkan no telefon untuk login semula. Sekiranya anda mendapat amaran “Too many attempts”, tunggu 24 jam sebelum mengulang semula “Bahagian A”. Selesai


Leave a Reply