Badak Sumbu AKA Rhino Save The World

Posted: August 9th, 2007 | Author: | Filed under: IT Related, My Self | 2 Comments »

Badak Sumbu atau nama saintifiknya Ceratotherium simim. Badak Sumbu tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum kordata, sub-filum bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak) [source: wikipedia]

    Badak Sumbu merupakan haiwan maun. Makanan utama Badak Sumbu adalah daun dan rumput. Namun apa yang terjadi 3 hari lepas ialah, Badak Sumbu AKA Rhino telah membuat satu kelainan. Spesis ini didapati mula memakan kod (‘code’). Ya! Kod javascript! Bukan itu sahaja, spesis ini juga didapati mencernakan kod-kod tersebut lalu memberakkan tahi Java CLASS!

    Ia sangat memudah kerja-kerja pengalihan bahasa dari Javascript ke Java. ‘Client side application’ dengan mudahnye bertukar ke ‘server side application’. Saya berharap agar projek murni pencipta-pencipta Rhino ini akan diteruskan dan memperlengkapkan lagi ‘function’ dan ‘library’ yang sedia ada.

      Muahaha… Ada javascript yang hendak ditukar? Suapkan saja ke Rhino dan kutip tahi nya.. Itu lah yang saya lakukan 3 hari lalu dan ia benar-benar Save The World! hahahaha….

      P/S: Rhino yang dimaksudkan ialah Rhino: JavaScript for Java Project dari Mozilla Foundation


      2 Comments on “Badak Sumbu AKA Rhino Save The World”

      1. 1 farah said at 4:59 PM on August 9th, 2007:

        hahahha…lawak gila! ne ways…rhino’s shit is that large?? for real arrr??

      2. 2 xanda said at 5:26 PM on August 9th, 2007:

        tu kena tanye najib… sebab die ada kawan seorang badak


      Leave a Reply